Sahabat

Halaman

28 November 2011

Cuti-cuti Singapore : Universal Studios (2nd Trip)

By Dalia Hassan at Isnin, November 28, 2011
 Assalamualaikum wbt....

Hari ni, buat kali keduanya dalam bulan November aku menyeberangi tambak Johor untuk ke Singapura. Matlamat??? Hanya satu iaitu nak pergi semula ke Universal Studios Singapore (USS) untuk meng'cover' balik tempat yang kami tak sempat nak masuk tempoh hari... Hehehe! Plan asal, kami sepatutnya pergi berempat sekali dengan Linie dan asben dia, tapi saat akhir dia terpaksa batalkan rancangan untuk ikut kitorang sebab mertua dia datang rumah, ditambah pula asben dia demam.. so dengan berat hati dia terpaksa tarik diri dari join aku dan asben.. takper la linie yer, lain kali boleh pergi.....

macam biasa la, GPS jadi pembantu. Tapi kali ni aku guna GPS separuh jalan jer, sebab GPS ni sabotaj aku... saja jer dia bawak ikut jalan jauh... sib baik aku ingat jalan skit2, sampai la juga dengan selamat... time balik langsung aku tak gunakan GPS ni, simpan jer... maklumlah dah terror jalan... hahaha!

next time datang Sentosa nak naik kereta kabel dia plak!
Universal Studios Singapore (USS)

wif my encik asben...

Ini attractions yang terdapat di New York : Lights Camera Action

huh macam real!

New York Library

Dari New York City memasuki Sci- Fi city... kat sini la kitorang naik roller coaster dan aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku tidak akan pernah menaiki roller coaster lagi buat kali kedua... gugur jantung aku dibuatnya!

masa datang untuk kali pertama, kitorang tak sempat nak masuk tarikan yang ada kat sini.. So kami ambil peluang kedua ni untuk merasai apa yang menarik terdapat dalam bangunan ni.... setelah menyimpan beg di tempat yang disediakan, aku dan asben pun masuk ke dalam bangunan ni... sepanjang jalan untuk ke tarikan tersebut, di kiri dan kanan dinding terukir tulisan2 dan gambar2 lama seperti yang terdapat dalam piramid. Setelah berjalan beberapa minit, akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Ya Allah! roller coaster lagi! kalau aku tau la, memang taubat au tak nak masuk dalam ni... nak tak nak terpaksa jugalah aku naik roller coaster tu. Pengalaman yang berbeza... kalau roller coaster pertama yang aku naik tadi aku gayat, tapi yang ni kurang gayat skit la sebab ia bergerak didalam gelap... maklumlah dalam bangunan... cuma ia ada elemen suspen skit la... bayangkan roller coaster sedang bergerak laju, tiba2 ia brek mengejut dan didepan terdapat dinding yang tiba2 retak kerana dilanggar roller coaster. tiba2 kami disergah mummy yang entah dari mana datangnya dan suara yang menakutkan. roller coaster bleh reverse menaiki bukit dan terus meluncur laju... memang jeritan jer la yang dengar, tapi yang ni seronok skit, macam masuk rumah hantu plak....

Waterworld : Sila jauhkan diri anda dari lelaki ini jika anda tidak mahu baju anda basah...

Sebelum persembahan bermula...

drama aksi yang penuh debaran (ceewaaahhhh)

penuh aksi...

..... dan mencemaskan...


Far Far Away : antara tarikan yang paling aku tak dapat lupakan.... selain tayangan 4D filem Shrek, kat sini juga terdapat roller coaster! fuh! roller coaster lagi... tapi minta maaf banyak2 la yer, kali ni aku memang tawar hati nak masuk. My asben beria2 tarik tangan aku ajak masuk, tapi jangan harap la... ketika adegan tarik menarik berlaku antara aku ngan asben, tiba2 ada sorang kakak tu tegur "kalau dia tak nak naik tu biarlah... jangan paksa2 dia" hahahaha aku suka bila ada orang backing aku... i like~ ngeh3! rupanya kakak tu pun tunggu asben dia naik roller coaster... dia duduk tepi tu sambil makan pop corn... tak nak naik katanya.. sama jer macam aku, gayattttttt... hahahah!


sebelum tayangan 4D filem Shrek. memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan.

Madagascar....

Seawal jam 1.30pm kitorang dah selesai pusing satu Universal Studios. Sebelum balik, singgah 7e untuk topup kad autopass then kitorang terus gerak balik. maklumlah, kena gerak awal coz nak balik KL terus. InsyaAllah, next time kalau masuk Singapore lagi, nak pusing satu Sentosa pulak... naik kereta kabel dan lain2...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review