Sahabat

Halaman

21 Oktober 2015

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 3 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015

 Hari Ketiga di Krabi...



Hari ni adalah hari terakhir kami disini.. Tak puas rasanya sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi... banyak lagi makanan yang aku belum merasa. Tak habis explore lagi kawasan sini.. tapi nak buat macamana. Masa 3 hari memang tak cukup untuk buat semua tu. Okay. Lain kali pergi lebih lama lagi...



Pagi selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke destinasi berikutnya iaitu Elephant Trekking. Gayat oooo naik atas gajah. Sian pun ada kat gajah tu tapi demi pengalaman baru, ku harungi jua.. ceh! haha!



Pengalaman hari pertama : Klik Sini
Pengalaman hari kedua : Klik Sini

Posing atas gajah walaupun tak nampak gajahnya...





















Sebelum keluar dari Krabi menuju ke Hatyai, singgah sebentar di sini.. Ada Ketam Hitam yang besar kat sini.. goreng pun sodap...

Kat belakang tu la ketam hitamnya... adakah nama Krabi ni datangnya dari perkataan CRAB? ermmmm... mungkin juga....

makan aiskrim.. macam la kat Malaysia takder jual aiskrim.. hahaha!


On the way nak ke Hatyai, salah satu van yang membawa rombongan kami tayar pancit. So makan masa skit la kat sini sementara tunggu diorang ganti tayar tu....



Sampai ke Floating Market Hatyai agak sedikit lewat dari jadual. Kami hanya ada masa selama 40 minit sahaja untuk pusing kawasan sini...

Masing masing nak cepat... takut tak sempat cuci mata...











Akhirnya aku cuma beli jagung ni jer... (dan 3 helai Tshirt Hatyai) hahaha!



ini pun aku beli sikit2..


Dalam van... macam biasala.. karaoke..

Imigresen Thailand. Sama macam masa masuk, kena selitkan RM1-2 kat dalam passport kita tu.. kaya weh orang imigresen Thai tu...
Bas Alisan menuju ke KL menunggu kami di Imigresen Malaysia. Sepatutnya bas ni kami naik dari Hatyai.. tapi disebabkan oleh kelewatan yang berlaku, pakcik driver ni tunggu juga kami di sempadan. Terima kasih pakcik driver! Bas yang sangat selesa.. disediakan selimut dan juga plug untuk charge handphone...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review